suria

Berhenti kerja bank, ibu tunggal raih pendapatan lumayan dengan menjual foto seksi... Mahu bersara sebelum usia 40 tahun

Lucy meraih pendapatan dengan menjual gambar serta video seksi di laman OnlyFans.

SEORANG ibu tunggal mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sektor perbankan dan meraih pendapatan dengan menjual gambar serta video seksi di laman OnlyFans.

Lucy Banks dari Australia turut mendedahkan, pendapatan hasil kerjaya baharunya berjumlah $300,000 (RM1,313,700) tahun lalu, dan dia mengunjurkan memperoleh pendapatan sebanyak $500,000 (RM2,189,500) pada 2023.

Bagaimanapun, Lucy berkata bukan mudah untuk mendapatkan wang yang banyak di laman web itu.

"Sekitar satu peratus penerima teratas memang membawa masuk lebih daripada $20,000 (RM87,580) setiap bulan, 1.1 peratus teratas adalah sekitar $100,000 (RM437,900) setiap bulan, dan selebriti teratas memperoleh berjuta-juta setiap bulan.

"Ia memerlukan banyak masa, kerja dan komitmen untuk mencapai angka tersebut.

"Walaupun lima peratus mungkin menjana wang yang lumayan, 95 peratus yang lain tidak menjana pendapatan yang banyak.

"Saya ingin memusnahkan mitos 'wang mudah' itu sekarang. Tidak ada jalan untuk mengatasinya; anda benar-benar perlu berusaha keras untuk melihat hasil yang serius," katanya.

Menyusun perancangan kewangan yang rapi termasuk membuat pelaburan hartanah untuk masa depan terutama membabitkan anak-anak, Lucy berkata dia berharap dapat bersara sebelum berusia 40 tahun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain