suria

Padah lakukan seks di luar kedai, lelaki ‘120 tahun’ ditahan polis

Satu pasangan dirakamkan melakukan hubungan seks di luar sebuah kedai. foto ViralPress

SEORANG pesara di Indonesia yang mendakwa dirinya berusia 120 tahun ditahan selepas melakukan hubungan seks secara terbuka.

Warga emas itu dilihat dalam keadaan seluarnya terlucut ketika melakukannya bersama seorang wanita di luar sebuah kedai di Kota Magelang, Indonesia.

Penduduk tempatan yang terkejut dengan kejadian itu merakam aksi pasangan berkenaan, sebelum rakaman diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Polis mula melakukan pencarian di kawasan setempat sehari selepas bahan lucah itu diserahkan, sehingga membawa kepada penahanan seorang pesara yang hanya dikenali sebagai J.

Ketika dalam tahanan, warga emas itu memberitahu pegawai polis bahawa umurnya 120 tahun.

Ketua Polis Magelang, Pesuruhjaya Kanan Yolanda Evelyn berkata, lelaki itu telah memberikan kenyataan dengan mendakwa berusia lebih 100 tahun dan identitinya masih belum dapat disahkan kerana kelihatan keliru ketika disoal siasat.

"Bagi kes yang dilihat di dalam video itu, polis Kota Magelang masih menjalankan siasatan.

"Kita telah menemui pelakunya, tetapi ia mesti mendapatkan pengesahan terlebih dahulu kerana lelaki itu tidak boleh disoal siasat.

"Sehingga kini kita tidak tahu siapa pasangannya. Menurut keterangannya, dia berusia 120 tahun.

"Lelaki itu seperti terpinga-pinga, jadi terpaksa diminta bercakap perlahan-lahan. Tetapi kebanyakannya dia senyap. Kita sudah tahu di mana dia tinggal," katanya.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan dan mengumpulkan maklumat lain.

Pegawai itu menyatakan bahawa warga emas berkenaan dibebaskan selepas disoal siasat.

Pasangannya ketika kejadian dikatakan bekerja di kawasan itu sebagai pekerja pembersihan dan pengutip sampah di luar kedai emas.

Pesara itu disyaki melanggar Peraturan Daerah Kota Magelang No. 6 Tahun 2015 tentang Ketenteraman Awam. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain