suria

Bintang TikTok, ibu didakwa bunuh akibatkan 2 maut dalam kemalangan ngeri

Jalan ditutup susulan kemalangan mengakibatkan dua maut. foto Leicester Mercury/BPM Media

SEORANG bintang TikTok dan ibunya didakwa kerana membunuh selepas menyebabkan kemalangan mengerikan pada minggu lalu.

Kedua-dua wanita itu merupakan antara lima orang yang akan dihadapkan ke mahkamah minggu ini berhubung kemalangan sebuah kereta yang membawa kepada dua kematian.

Bintang media sosial, Mahek Bukhari, 22, dan ibunya, Ansreen, 45, didakwa dengan dua pertuduhan membunuh bersama wanita ketiga, Natasha Akhtar, 21, serta dua lelaki, Raess Jamal, 21, dan Rekan Karwan, 28,

Menurut Leicester di United Kingdom, mangsa, Mohammed Hashim Ijazuddin dan Saqib Hussain maut di tempat kejadian selepas kereta Skoda Fabia perak yang dinaiki mereka terbelah dua selepas terbabas dalam insiden kejar-mengejar yang didakwa melibatkan defendan.

Pendakwa, Mohammed Zarandouz berkata, insiden kejar-mengejar dengan kelajuan tinggi itu bermula di sebuah Sainsbury di Leicester, awal pagi Jumaat.

Ketika kejadian itu berlaku, salah seorang mangsa menghubungi panggilan kecemasan untuk memaklumkan polis.

Rempuhan berlaku di A46 berhampiran persimpangan Six Hills di Leicestershire pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

Mahek Bukhari mempunyai lebih 120,000 pengikut di TikTok dan 43,000 lagi di Instagram. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain