suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Motosikal dicuri pada hari pertama bekerja, wanita terkejut terima hadiah daripada Jokowi

Motosikal model Honda Beat itu dikirimkan oleh Jokowi melalui Ketua Polis Surabaya, Akhmad Yusep Gunawan. Foto: Kompas.tv

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang wanita sebagai ganti selepas kenderaan miliknya dicuri pada hari pertama dia bekerja sebagai pemandu teksi motosikal (ojek).

Wahyu Novi Arini yang berasal dari Gogor, Jawa Timur kehilangan motosikalnya pada Khamis lalu ketika sedang bekerja.

Motosikal model Honda Beat itu dikirimkan oleh Jokowi melalui Ketua Polis Surabaya, Akhmad Yusep Gunawan.

"Alhamdulillah, Masya-Allah, terima kasih Pak Jokowi, terima kasih ketua polis," kata Novi.

Novi dan suaminya akan menggunakan motosikal baharu itu untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga kecil mereka.

Sementara itu, Akhmad Yusep Gunawan berkata kedatangannya adalah atas mandat Jokowi.

"Terima kasih Presiden atas keprihatinan kepada warga Surabaya. Semoga bantuan ini bermanfaat untuk keluarga ini," kata Yusep.

Selain hadiah berupa sebuah motosikal, Jokowi turut mengirimkan wang tunai buat keluarga wanita tersebut. - Kompas.tv

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jokowi, hadiah motosikal, ojek, Surabaya

Artikel Lain