suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara ‘bunga istimewa’ tak mekar, tukang kebun Korea Utara dihukum

Bunga 'Kimjongilias' sempena sambutan hari lahir mendiang Kim Jong-il. foto Tass/PA Images

TUKANG kebun di Korea Utara dilaporkan dihantar ke kem buruh selepas gagal memastikan ribuan bunga istimewa tumbuh mekar.

Bunga Begonia 'Kimjongilia' dinamakan sempena bapa Kim Jong-un dan mendiang Kim Jong-il sepatutnya mekar bagi menyambung hari lahir bekas pemimpin Korea Utara itu pada 16 Februari.

Acara yang dikenali sebagai 'Hari Bintang Bersinar' lazimnya menyaksikan jalan-jalan di negara itu dipenuhi dengan bunga merah.

Ia sebagai penghormatan kepada Kim Jong-il, yang meninggal dunia pada 2011 ketika usia 69 tahun.

Bagaimanapun, timbul isu bekalan kayu api yang digunakan untuk mencipta suhu dan kelembapan yang ideal di rumah hijau bagi penanaman bunga tersebut, pada tahun ini.

Akibatnya, tukang-tukang kebun tidak dapat menyediakannya tepat pada masanya.

Menurut Daily NK News, tukang-tukang kebun didakwa mengabaikan tanaman, dengan sebahagiannya dijatuhkan hukuman ditempatkan di kem buruh selama enam bulan.

Ladang tersebut terletak di Samsu County, dan pengurusnya Han juga dilaporkan dikurung selama enam bulan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain