suria

Remaja mabuk langgar kaunter drive-thru McD

Rempuhan menyebabkan runtuhan sebahagian binaan di premis berkenaan.

MEMANDU ketika mabuk merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Malah, ia membawa pelbagai risiko yang boleh membahayakan nyawa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pekak ke apa kau ni?” - Selamba kongsi video tengking pekerja McD ketika drive-thru, lelaki ini teruk dikecam

Dalam kejadian pada 24 November lalu, seorang pemandu remaja yang sedang mabuk melanggar kaunter pandu lalu (drive-thru) restoran makanan segera popular McDonalds di Horsham, barat Sussex, England.

Sebelum kejadian tersebut, Taylor Steel, 19, keluar menikmati minuman keras di sebuah bar.

Rempuhan menyebabkan runtuhan sebahagian binaan di premis berkenaan.

Ketika disoal polis, Steel mengakui dia minum minuman keras sebelum memandu ke restoran berkenaan.

Namun kata Steel, dia tidak sedar dan tidak tahu kenapa dia bertindak memandu ke restoran tersebut.

Dalam perkembangan terkini, digantung lesen dan tidak dibenarkan memandu selama dua tahun.

Mahkamah turut mengarahkan Steel melakukan kerja komuniti selama 12 jam serta kerja tidak berbayar selama 80 jam. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain