suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 'diusir' gara-gara tak sabar nyalakan rokok ketika pesawat baru mendarat

Pegawai penguatkuasa membawa penumpang wanita berkenaan keluar daripada pesawat. Foto: India.com

MEROKOK di dalam pesawat sememangnya dilarang dalam hampir semua penerbangan antarabangsa kerana boleh mengakibatkan situasi berbahaya.

Namun, seorang wanita yang menaiki penerbangan Spirit Airlines begitu 'terdesak' untuk merokok sebelum keluar daripada pesawat.

Video mengenai kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang penumpang lain yang kemudian memuat naik di TikTok.

Dia memberitahu media tempatan bahawa penumpang wanita itu menyalakan rokoknya sebaik sahaja pesawat menghampiri landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale.

Ketika wanita itu menyalakan rokoknya, penumpang tersebut memberitahu kru kabin tetapi mereka enggan melakukan apa-apa dan memintanya untuk berpindah ke tempat duduk lain jika dia mahu.

Bagaimanapun, seorang kru kabin bertindak memanggil pegawai penguatkuasa dan membawa keluar penumpang wanita berkenaan daripada pesawat.

Penumpang tersebut akur dengan arahan dan tidak ada penangkapan yang dibuat, kata pihak berkuasa. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain