suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk kampung gempar penemuan ular sawa gergasi sepanjang 8 meter

Kelibat seekor ular sawa gergasi yang dirakam seorang pemancing di Desa Mekarsari, Kalimantan Selatan. Foto: Banjarmasin Post

VIDEO memaparkan kelibat seekor ular sawa gergasi menjadi tular di media sosial.

Dilaporkan kejadian tersebut berlaku di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Ular sepanjang antara tujuh hingga lapan meter itu ditemui di sebuah kebun dan sedang menyusur masuk ke dalam hutan.

Perkara itu disahkan ketua kampung, Witono yang memaklumkan mengenai perkara itu kepada media tempatan.

"Lokasinya di sekitar lombong. Jarak dengan rumah penduduk kira-kira satu kilometer. Ular berkenaan panjang sekitar lapan meter," katanya.

Menurutnya, video berkenaan dirakam oleh seorang pemancing dari Sungaidanau, Kabupaten Tanahbumbu, kira-kira dua minggu lalu.

Witono berkata, pemancing itu hanya sempat mengambil video berkenaan selama beberapa saat kerana bimbangkan keselamatan. - Tribunnews.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain