suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan cipta kelainan berkahwin di tengah lautan... anjing peliharaan antara tetamu istimewa, siap pakai jaket keselamatan!

Selain keluarga dan rakan, perkahwinan pasangan ini turut disaksikan tiga ekor anjing peliharaan yang lengkap memakai jaket keselamatan.

BERCAKAP mengenai perkahwinan, setiap orang pastinya mengimpikan majlis yang penuh gilang gemilang, persiapan yang hebat dan disaksikan oleh insan tersayang.

Namun sudah menjadi trend sejak kebelakangan di mana kebanyakan pasangan ingin 'lari' daripada konsep lama, iaitu dengan mencipta sedikit kelainan sewaktu hari bahagia mereka.

Begitu juga dengan pasangan ini yang tular di media sosial kerana melangsungkan perkahwinan di atas papan luncur (surf board) di tengah lautan.

Menerusi klip video yang tular, kelihatan pasangan tersebut yang hanya mengenakan seluar pendek dan bikini meraikan hari bahagia mereka sambil disaksikan kaum keluarga dan rakan.

Paling menarik, perkahwinan unik dan lain daripada yang lain itu turut disaksikan tiga ekor anjing peliharaan yang lengkap memakai jaket keselamatan!

Kesemua mereka turut duduk di atas papan luncur mengelilingi mempelai untuk menyaksikan detik bersejarah tersebut. - India.com

Artikel Lain