suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita hilang di hutan selepas hadiri majlis perkahwinan rakan, dikhuatiri maut dibaham beruang

Yana dilaporkan hilang sejak 2 Julai lalu sewaktu dia meninggalkan majlis perkahwinan rakannya yang diadakan di hutan (taiga) di wilayah Sverdlovsk di Rusia.

SEORANG wanita dikhuatiri maut dibaham beruang selepas meninggalkan majlis perkahwinan rakannya gara-gara berselisih faham dengan seorang tetamu.

Yana Balobanova, 24, dilaporkan hilang sejak 2 Julai lalu sewaktu dia meninggalkan majlis perkahwinan rakannya yang diadakan di hutan (taiga) di wilayah Sverdlovsk di Rusia.

Dia dikhabarkan bertengkar dengan salah seorang tetamu di majlis berkenaan, sebelum berjalan menuju hutan berhampiran.

Wanita itu kemudian tersesat dan menghubungi talian kecemasan pada malam hari kejadian dan pada keesokan hari, namun pasukan penyelamat gagal menemuinya.

Pasukan penyelamat juga cuba menggunakan anjing pengesan namun haiwan berkenaan menunjukkan tanda-tanda 'ketakutan' selepas mengesan kehadiran bau beruang.

Pasukan misi menyelamat juga menemukan tapak kaki beruang di hutan berdekatan lokasi majlis perkahwinan, sekaligus membuat kesimpulan bahawa kemungkinan besar Yana dibaham oleh haiwan tersebut. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain