suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan gempar anak jerung berwajah manusia

Anak jerung yang mempunyai rupa kelihatan seperti wajah manusia. foto ViralPress

SEORANG nelayan di Indonesia digemparkan dengan penemuan seekor anak jerung mutasi yang kelihatan mempunyai rupa seperti wajah manusia.

Makhluk aneh itu ditemui oleh Abdullah Nuren di perairan Rote Ndao di timur Nusa Tenggara pada Ahad.

Dia secara tidak sengaja menangkap seekor jerung yang sedang beranak semasa keluar menangkap ikan.

Jerung tersebut bagaimanapun mati selepas tersangkut pada pukat.

Para pakar memberitahu, penampian yang unik itu mungkin disebabkan oleh keadaan yang jarang-jarang berlaku.

Abdullah, 48, menyedari ibu jerung itu sedang beranak tiga ekor, selepas membelah perut ikan itu.

Salah satu daripadanya mempunyai mata bulat yang besar dan di bawahnya terdapat hidung.

Rupanya kelihatan seperti wajah manusia apabila mulut jerung itu dibuka.

Dr David Shiffman, seorang saintis penyelidikan di Marine Stewardship Council berpendapat bahawa keadaan unik makhluk itu disebabkan oleh kecacatan yang berlaku semasa beranak. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain