suria

Penumpang cemas, enjin pesawat meletup... penduduk terkejut serpihan jatuh dari langit

Keadaan enjin pesawat yang meletup ketika penerbangan. foto twitter/ Mirror UK

PENUMPANG sebuah pesawat digemparkan dengan tempat duduk mereka bergegar apabila salah satu enjin pesawat itu meletup.

Keadaan tersebut menyebabkan serpihan pesawat jatuh ke kawasan perumahan.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada kegagalan mekanikal, yang mengakibatkan enjin meletup.

Orang ramai di jalan melihat sekeping logam besar jatuh dari langit menimpa jalan dan taman.



Antara serpihan pesawat yang jatuh ke kawasan perumahan. foto Twitter/ Mirror UK

Saksi dilaporkan mendengar bunyi dentuman yang kuat di udara di Denver, Amerika Syarikat pada pukul 1.30 petang waktu tempatan.

Antara mereka bergegas menyelamatkan diri bagi mengelakkan daripada terkena serpihan logam.

Sebuah video yang merakamkan kejadian menunjukkan kepulan asap tebal pada penerbangan pesawat United Airlines.

Pesawat itu yang dalam penerbangan ke Hawaii berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan membabitkan penumpang yang menaiki pesawat tersebut.

Selain itu, tidak diketahui sekiranya terdapat kecederaan yang dialami orang ramai akibat serpihan pesawat yang jatuh. - Mirror UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain