suria

Penduduk kampung adakan ratu cantik lembu... pakai baju, mekap, barang kemas!

Antara lembu yang dihias cantik oleh penduduk kampung. -foto instagram pototskayaelena

SEPERTI kata pepatah, kecantikan itu terletak pada mata yang memandang.

Begitulah yang berlaku di sebuah perkampungan di Rusia.

Sekumpulan peladang Republik Sakha di Rusia, mengadakan pertandingan ratu cantik yang pelik, di mana mereka mencari binatang yang mempunyai rupa terbaik di kampung itu.

Pertandingan itu menyaksikan pelbagai jenis lembu bersaing untuk merebut gelaran itu.

Lembu-lembu dipakaikan baju, disolek dan dihiasi dengan penampilan menarik bagi menarik perhatian juri.

Malah, kostum tradisional Rusia turut dipakaikan pada haiwan itu semasa bertanding.

Antara lain, haiwan-haiwan ini juga diberikan barangan kemas dan topi kerana pemiliknya mahu ia kelihatan begitu cantik.

Pertandingan yang diadakan secara maya pada tahun ini, merupakan sebagai sebahagian daripada sambutan penduduk kampung terhadap pertanian. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain