suria

Kecoh CCTV rakam wajah suspek seperti watak filem seram ‘The Exorcist’

Imej seorang wanita menerusi rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh polis Scotland. Foto Argyll & West Dunbartonshire Police Division

SATU klip video yang dikeluarkan oleh polis menarik perhatian selepas seorang suspek dikatakan kelihatan seperti watak dalam filem seram, The Exorcist.

Polis Scotland mengeluarkan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Ahad lalu, menunjukkan imej seorang wanita yang dikaitkan dengan dakwaan insiden serangan di luar sebuah pub di West Dunbartonshire.

Kejadian yang berlaku di Burgh Bar di Dumbarton High Street, pada September tahun lalu, mengakibatkan mangsa yang merupakan seorang wanita, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook Argyll & West Dunbartonshire's Police Division, ia menerima lebih 1,300 komen dalam tempoh hanya 24 jam.

Ia berikutan wajah suspek kelihatan menakutkan seperti watak filem seram Hollywood itu.

Malah, netizen turut membuat perbandingan dengan satu lagi filem seram mengenai seorang kanak-kanak yang dirasuk.

"Adakah pelakon filem Exorcist berjalan-jalan???" komen seorang netizen.

"Saya fikir kita kena panggil Ghostbusters," ujar yang lain, merujuk kepada filem mengenai sekumpulan pemburu hantu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

The Exorcist, seram, Ghostbusters,

Artikel Lain