suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Burung kakak tua berjaya kalahkan pelajar Harvard dalam ujian memori

Ujian itu turut disertai 42 individu merangkumi kanak-kanak dan orang dewasa.

BIARPUN sekadar meniru percakapan manusia, burung kakak tua ternyata sejenis haiwan yang istimewa.

Terbaharu, seekor burung kakak tua berjaya mengalahkan pelajar Universiti Harvard dalam satu ujian memori.

Menerusi uji kaji itu, seekor burung kakak tua Afrika atau nama saintifiknya Psittacus erithacus digunakan untuk menguji kecekapan memori.

Selain haiwan itu, 21 kanak-kanak berusia enam sehingga lapan tahun serta 21 orang dewasa turut terlibat.

Ketua penyelidik, Hrag Pailian dari bahagian Psikologi Harvard mengakui keputusan itu sesuatu yang tidak dijangka.

"Cuba fikirkan, seekor burung mengalahkan pelajar Harvard. Ia agak hebat.

"Pelajar yang terlibat termasuklah dari jurusan kejuruteraan dan perubatan. Tapi ia berjaya kalahkan mereka," ujarnya. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain