suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Covid-19 meningkat mendadak, Melbourne diisytihar ‘lockdown’ kali kedua

Polis mengetatkan kawalan di sempadan susulan arahan perintah berkurung di Melbourne. Foto: Reuters

MELBOURNE dikenakan perintah berkurung (lockdown) kali kedua susulan mencatatkan peningkatan kes baharu positif Covid-19.

Dengan arahan tersebut, lima juta penduduknya dilarang untuk keluar rumah selama enam minggu, kecuali jika mempunyai urusan penting.

Sempadan antara Victoria, yang merupakan ibu negara Melbourne dengan negara jiran ditutup pada Selasa.

"Seluruh negara tahu bahawa pengorbanan yang anda lalui sekarang bukan hanya untuk anda dan keluarga anda sendiri, tetapi untuk rakyat Australia seluruhnya," kata Perdana Menteri, Scott Morrison semasa sidang akhbar.

Morrison juga berkata dia bakal mengusulkan langkah-langkah pencegahan untuk menangguhkan kepulangan rakyatnya dari luar negara.

Terdahulu Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mengumumkan perintah berkurung di Melbourne pada Selasa setelah wilayah itu merekodkan 191 jangkitan baru, jumlah harian tertinggi sejak wabak itu bermula.

Australia sehingga kini telah mencatatkan hampir 9,000 kes Covid-19 dan 106 kematian akibat virus tersebut. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Melbourne, lockdown, Covid-19

Artikel Lain