suria

Netizen berteka-teki, terkejut lihat rakaman haiwan aneh seperti makhluk asing

Vdeo yang dirakam di Nevada, Amerika Syarikat itu sudah mencapai lebih setengah juta tontonan.

TIMBUL persoalan dalam kalangan netizen apabila satu video memaparkan haiwan aneh tular.

Dikongsi menerusi TikTok pada Selasa, individu yang memuat naik video itu memohon penjelasan orang ramai berhubung penemuan itu.

Mempunyai struktur kulit seperti cicak, ia kelihatan sedang menjalar di atas batu.

Ia memiliki empat kaki yang mana disifatkan seperti haiwan aneh dan makhluk asing yang pernah dipaparkan dalam filem-filem sebelum ini.

"Adakah ini benar? Saya dah cari dalam Google tapi tiada jawapan," tulis seorang individu.

Sehingga kini, video yang dirakam di Nevada, Amerika Syarikat itu sudah mencapai lebih setengah juta tontonan.

Malah, ada juga yang beranggapan ia sebenarnya hanyalah permainan kanak-kanak. - Daily Star.

haiwan aneh, makhluk asing, Nevada

Artikel Lain