suria

Sebak! Pasangan warga emas terlantar di hospital, sambil pegang tangan ucap ‘selamat tinggal terakhir’ selepas 62 tahun kahwin

Gambar terakhir John (kiri) bersama isterinya Marjorie menyentuh emosi. Foto University Hospitals of Derby and Burton NHS Foundation Trust

SATU pasangan yang berkahwin selama 62 tahun berpegangan tangan di hospital semasa mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

Menerusi satu gambar yang menyentuh perasaan, pasangan John Wilson, 92, dan isterinya, Marjorie, 88, bersama-sama di Hospital Queen di Burton di United Kingdom.

Pada akhir Mei lalu, John dimaklumkan bahawa dia menghidap barah terminal, pada masa sama Marjorie dimasukkan ke hospital yang sama.

Selepas mendengar Marjorie akan pulang ke rumah penjagaannya dan mengetahui mereka mungkin tidak berpeluang untuk bertemu semula, seorang jururawat, Emma Barker segera mengaturkan dua katil bersebelahan untuk Marjorie dan suaminya.

Rancangan tersebut bagi membolehkan mereka dapat mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

Surat yang dikirimkan oleh anak pasangan itu, Kurt Wilson kepada pihak hospital. Foto University Hospitals of Derby and Burton NHS Foundation Trust

Pasangan itu dapat bersama sambil memegang tangan selama kira-kira 10 minit, dengan momen itu dirakamkan sebagai kenang-kenangan buat keluarga mereka.

Memetik laporan DerbyshiteLive, ia merupakan foto mereka berdua yang terakhir apabila John meninggal dunia di rumahnya pada 15 Jun.

Menerusi sepucuk surat kepada pihak hospital, anak lelaki mereka, Kurt mengucapkan terima kasih kepada pasukan hospital di atas rakaman foto yang begitu indah.

Emma berkata: "Gambar tersebut mengundang air mata kepada sesiapa yang melihatnya. Ia amat menyentuh perasaan.

"Mendengar keluarga mereka gembira selepas menerima gambar tersebut benar-benar memberi kesan kepada kami, dan surat yang dihantar mereka turut dihargai," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain