suria

Model selamba jadikan topeng muka sebagai pakaian dalam ketika pandemik Covid-19

Seorang model mencetuskan kontroversi menerusi perkongsiannya di laman sosial. Foto jill.hardener/Instagram

SEORANG model mencetuskan kontroversi apabila menjadikan topeng muka sebagai pakaian dalam.

Jill Hardener dari Berlin, Jerman menutup bahagian sulitnya dengan topeng muka yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Dia kemudian mengambil gambarnya memakai topeng muka itu dan berkongsi bersama kira-kira 1.7 juta pengikutnya di laman sosial.

Walaupun ramai pengikut memuji influencer berkenaan kerana kelihatan cantik dan berhaya, namun perkongsian tersebut turut menerima kritikan.



Penampilan Jill yang menggunakan topeng muka untuk perubatan, sebagai pakaian dalam. Foto jill.hardener/Instagram

Ramai yang mengkritik Jill kerana 'membazirkan' peralatan perlindungan itu ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

"Anda telah bazirkan topeng muka yang mana satu planet bersusah-payah untuk mendapatkannya," komen seorang netizen.

Seorang petugas kesihatan berkata: "Sebagai petugas barisan hadapan, ia benar-benar mengguris perasaan saya dan membuatkan saya sangat marah.

"Kami memerlukan sumbangan untuk mendapatkan topeng-topeng muka ini," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
model, topeng muka, pakaian dalam,

Artikel Lain