suria

Pakar kesihatan pernah beri amaran, kini wabak Covid-19 sudah dikesan di kem pelarian Rohingya

Kes Covid-19 dikesan di salah satu kem di selatan Bangladesh yang menempatkan lebih daripada sejuta pelarian Rohingya. Foto: AFP

WABAK Covid-19 dikesan di salah satu kem di selatan Bangladesh yang menempatkan lebih daripada sejuta pelarian Rohingya.

Dua kes dengan salah satunya membabitkan seorang pelarian etnik Rohingya telah disahkan positif Covid-19, kata seorang pegawai kanan dan seorang jurucakap Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ini merupakan kes pertama positif Covid-19 yang dikesan di kem, yang mana ia mempunyai kepadatan penduduk lebih tinggi berbanding kebanyakan bandar di dunia.

"Hari ini (Khamis) mereka telah dibawa ke pusat pengasingan setelah diuji positif," kata Mahbub Alam Talukder, Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pelarian, kepada Reuters.

Kes jangkitan Covid-19 mencatatkan peningkatan di Bangladesh sejak kebelakangan ini.

Sehingga kini Bangladesh mencatatkan 18,863 kes positif Covid-19 dengan 283 kematian direkodkan.

Sebelum ini pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 di kem yang padat dan kurang bersih itu. - CNA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, kem, Rohingya

Artikel Lain