suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingkar perintah berkurung, peluncur maut diserang jerung

Pantai Manresa State dikenakan kunjungan yang terhad ekoran kawalan perintah berkurung. Foto @SantaCruzSheriffsOffice, Getty

SEORANG peluncur maut diserang seekor jerung dekat pantai utara California, Amerika Syarikat, menurut pegawai negeri.

Mangsa yang merupakan lelaki berusia 26 tahun melakukan aktiviti luncur kira-kira 90 meter dari Pantai Manresa State.

Menurut pihak berkuasa Taman Negeri California dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 1.30 petang waktu tempatan.

Mengikut perintah kesihatan awam di wilayah Santa Cruz, pantai tersebut ditutup sepenuhnya daripada kegunaan orang awam.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti jenis jerung yang menyerang mangsa.

Kawasan pantai tersebut ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh lima hari. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

jerung, pantai, perintah berkurung,

Artikel Lain