suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kulit jururawat ‘terbakar’ selepas pakai topeng muka dengan peluntur

Keadaan muka Olga Ovinnikova akibat memakai topeng muka yang mempunyai bahan kimia. Foto Mirror

SEORANG jururawat dalam keadaan parah selepas diberikan peralatan pelindung diri (PPE) yang mempunyai bahan kimia.

Olga Ovinnikova mengalami kesan luka terbakar di wajahnya setelah memakai topeng muka yang diletakkan peluntur.

Ketika kejadian, dia bertugas di sebuah hospital di bandar Karabanovo di wilayah Vladimir, barat Rusia.

Media tempatan melaporkan bahawa dia bertugas di Hospital Bandar Karabanovo di mana kakitangan terpaksa memakai topeng muka yang sama berulang kali.

Dilaporkan, keadaan tersebut disebabkan oleh kekurangan bekalan PPE.

Sebelum digunakan semula, topeng muka tersebut dibasmi kuman dengan peluntur yang mengandungi klorin.

Menurut Olga, kulitnya rosak akibat bahan kimia beracun yang tersisa di topeng muka setelah dibasmi kuman.

Emmanuil Zdanovsky, yang menguruskan hospital berkenaan menolak dakwaan penggunaan peluntur untuk membersihkan topeng muka.

Bercakap kepada media tempatan, dia berkata: "Kita tidak menggunakan peluntur untuk membersihkan topeng muka dan pakaian pelindung diri."

Pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan sebaliknya dan mendapati banyak pelanggaran dilakukan susulan pemeriksaan ke atas kemudahan perubatan itu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain