suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat kerja DIY kerana bosan, lelaki terjumpa terowong berusia 120 tahun di bawah rumah

Jake Brown melakukan kerja-kerja DIY di rumah yang baru dibelinya sehingga menemui sebuah terowong rahsia. Foto Jake Brown / SWNS.COM

SEORANG lelaki yang bosan memutuskan untuk melakukan sesuatu sendiri atau do-it-yourself (DIY), sehingga menemukan sebuah terowong rahsia berusia 120 tahun.

Penemuan mengejutkan itu berlaku di bawah kediamannya sendiri.

Ketika kejadian, Jake Brown melakukan beberapa tugas di rumah baharunya, dan menyedari terdapat sebuah dinding mempunyai tekstur yang berbeza.

Dia kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dengan membuka ruang di sebalik dinding berkenaan.

Apa yang mengejutkan Jake, apabila dia menemui satu kawasan yang besar di bawah rumahnya di Plymouth, Devon di England.

Memetik laporan Plymouth Herald, dia menemui banyak barang termasuk tin cat dan senaskah surat khabar lama di dalamnya, yang membuktikan terowong itu berusia lebih 50 tahun.

Malah, lebih mengejutkan apabila dia turut menjumpai bukti terowong rahsia itu berusia 120 tahun, berdasarkan penemuan botol-botol pada awal 1990an. - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

terowong, DIY,

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia