suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi pramatang meninggal dunia selepas ibu disahkan positif Covid-19

Wanita itu dimasukkan ke Hospital Baton Rouge, Louisiana, Amerika Syarikat pada 1 April lalu. Getty.

SEORANG bayi yang dilahirkan pramatang mungkin menjadi mangsa Covid-19 yang paling muda di dunia.

Dia bagaimanapun meninggal dunia sejurus dilahirkan oleh ibunya yang disahkan positif virus itu.

Wanita itu diletakkan dalam ventilator dan disahkan positif sebelum melahirkan anaknya pada usia kandungan 22 minggu.

Wanita itu dimasukkan ke Hospital Baton Rouge, Louisiana, Amerika Syarikat pada 1 April lalu.

"Dia diletakkan dalam ventilator kerana mengalami kesukaran bernafas dan positif Covid-19.

"Malangnya, dia terpaksa bersalin awal. Bayi itu itu gagal diselamatkan kerana terlalu pramatang.

"Bayi itu bagaimanapun tidak diuji dengan saringan Covid-19," kata doktor. - Daily Star.

bayi, pramatang, Covid-19

Artikel Lain