suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prank bancuh teh dengan air tandas untuk isteri, influencer Arab Saudi ditahan polis

Perbuatan influencer itu menerima padah apabila ia menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

PRANK mengarut yang tidak masuk akal.

Mungkin itulah yang dapat menggambarkan tindakan kurang bijak lelaki ini ke atas isterinya.

Hani Halawani, seorang selebriti media sosial di Arab Saudi ditahan polis selepas memuat naik satu video prank.

Dalam video itu, dia kononnya membancuh teh untuk isterinya menggunakan air dari mangkuk tandas.

Perbuatan influencer itu menerima padah apabila ia menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.

Dia kemudiannya ditahan polis atas dakwaan jenayah siber, lapor media tempatan.

Biarpun mengakui ia sekadar prank dan sudah memohon maaf kepada isterinya, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan. - Daily Star.

Hani Halawani, prank, air tandas, teh

Artikel Lain