Petugas feri tunjuk simptom Covid-19, 5 penumpang terlebih risau sanggup terjun laut

KM Lambelu membawa 255 penumpang tidak dibenarkan berlabuh setelah beberapa kru mula menunjukkan simptom Covid-19.

PANIK membawa padah.

Itulah yang berlaku ke atas lima penumpang yang sanggup terjun laut kerana enggan dijangkiti Covid-19.

Ia gara-gara beberapa petugas feri dinaiki mereka mula menunjukkan simptom virus itu.

Kejadian berlaku apabila feri dari itu tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Maumere, Indonesia.

Video memaparkan penumpang lain memanggil petugas kapal apabila lima individu itu berkumpul di koridor.

Mereka melemparkan jaket keselamatan ke dalam air dan sedang membuat persiapan untuk terjun.

Dalam satu lagi video berasingan, kelihatan lima lelaki itu diselamatkan oleh bot penyelamat.

KM Lambelu membawa 255 penumpang tidak dibenarkan berlabuh setelah beberapa kru mula menunjukkan simptom Covid-19.

Hasil ujian, tiga kru disahkan positif virus itu. - Daily Star.

KM Lambelu membawa, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain