suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China bakal kuat kuasa larangan makan daging anjing

Seorang lelaki membawa anjing perliharaannyanya di Yulin, China. Foto Reuters

KERAJAAN China memberi isyarat untuk menghentikan pengambilan anjing sebagai daging untuk dimakan.

Kementerian pertanian negara itu pada Khamis mengeluarkan draf dasar untuk larangan memakan daging anjing.

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China menetapkan anjing sebagai larangan haiwan untuk dijadikan sebagai daging.

Ia memetik mengenai kebimbangan awam terhadap kebajikan haiwan dan pencegahan terhadap penularan penyakit dari binatang kepada manusia.

Kementerian itu menggelarkan anjing sebagai 'haiwan perliharaan istimewa' dan tidak boleh dijadikan sebagai haiwan ternakan.

Baru-baru ini, bandar Shenzen meluluskan buat pertama kali di China terhadap larangan pengambilan anjing dan kucing sebagai daging.

Tindakan tersebut merupakan langkah untuk memastikan kebajikan haiwan di seluruh negara terbela, dan diharapkan dapat diikuti semua pihak.

Ia juga telah membuat draf dasar baharu sebagai penerangan lanjut. - The Guardian


anjing, daging, larangan, China

Artikel Lain