suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Kompleks luncur ais bertukar jadi rumah mayat

Kompleks luncur ais Palacio de Hielo di Madrid, bertukar menjadi rumah mayat buat sementara. Foto AFP via Getty Image

SEBUAH kompleks hiburan yang popular dengan seisi keluarga di Marid, Sepanyol, bertukar menjadi rumah mayat buat sementara.

Ia berikutan angka kematian akibat Covid-19 di negara terus mencatatkan peningkatan.

Gelanggang luncur ais Palacio de Hielo di Ice Palace di Madrid, Sepanyol, digunakan untuk menempatkan mayat sebelum ia dikebumikan atau dibakar.

Keputusan itu dibuat selepas rundingan antara kerajaan Madrid, ketua tentera Sepanyol dan pegawai dewan bandaraya.

Sepanyol telah memasuki perintah perintah berkurung buat minggu kedua, apabila mencatatkan angka kematian terburuk, dengan 462 orang dalam tempoh 24 jam.

Ketua kesihatan mengesahkan lebih 2,100 orang maut di Sepanyol akibat Covid-19.

Madrid merupakan lokasi yang paling terus dijangkiti di Sepanyol, dengan 1,263 kematian dan 10,575 kes. - Mirror


Artikel Lain