“Macam pakai lampin bayi” - Wanita kesal selepas buat implan punggung - Dunia | mStar

“Macam pakai lampin bayi” - Wanita kesal selepas buat implan punggung

Seorang wanita kesal dengan kesan pembedahan punggungnya. Foto Caters News Agency

SEORANG wanita membelanjakan sebanyak £15,000 (RM77,246) untuk pembedahan implan punggungnya, tetapi menerima padah apabila ia dilihat seperti memakai lampin bayi.

Keadaan itu membuatkan dia kini mencari pakar untuk memperbetulkannya.

Star Delguidice, 33, menjalani pembedahan tersebut di Istanbul, Turki pada Disember 2018.

Walaupun berpuas hati dengan keputusan selepas prosedur berkenaan pada awalnya, namun punggungnya mula berubah dan kelihatan lemak-lemak di bahagian tersebut.

Menurutnya, punggungnya kini kelihatan seperti dia memakai lampin bayi.

"Saya mempunyai saiz implan yang dua kali ganda saiz berbanding orang biasa pada mulanya.

"Berat saya juga menambah apabila mereka memindahkan lemak dari badan saya ke punggung, tetapi ia merupakan satu kesilapan besar.

"Ia kelihatan seperti saya memakai lampin bayi dan benci melihatnya.

"Semua orang gelakkan saya bila pergi ke mana-mana, malah di gim pun sehingga saya terpaksa menjelaskan apa yang berlaku," katanya dengan nada kesal. - Mirror


punggung , implan , lampin bayi , pembedahan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain