suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panik Covid-19, polis terima banyak panggilan mengadu dengar jiran sedang batuk

Polis menerima sekurang-kurangnya lima laporan mengenai kes jiran batuk dalam tempoh seminggu.

PENULARAN Covid-19 ternyata membimbangkan ramai pihak.

Malah, kita juga kini lebih berhati-hati dan peka dengan sebarang petanda yang boleh menjurus kepada jangkitan wabak itu.

Di California misalnya, pihak polis turut dihujani panggilan kecemasan berkenaan wabak itu.

Namun, ada yang terlampau takut sehingga menghubungi polis hanya kerana terdengar jiran mereka sedang batuk.

Menurut seorang pegawai polis, Mike Casavan, mereka menerima sekurang-kurangnya lima laporan mengenai kes jiran batuk dalam tempoh seminggu.

Sehingga kini, California merekodkan 836 kes Covid-19, peningkatan drastik berbanding 157 kes pada minggu lalu. - Daily Star.

Covid-19, batuk

Artikel Lain