suria

Mesej audio misteri disiasat, anak kapal dakwa pesawat Hercules alami kegagalan elektrik

Antara serpihan milik pesawat tersebut yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

MESEJ audio dilaporkan dihantar krew sebuah pesawat yang hilang masih lagi dalam siasatan.

Pada Isnin, pesawat jenis Hercules C-130 berlepas dari Chabunco, selatan Chile menuju ke pangkalan di Antartika.

Namun ketika separuh penerbangan pesawat itu hilang dari radar.

Kini pihak berkuasa Chile sedang menyiasat mesej audio yang dihantar salah seorang anak kapal yang mendakwa pesawat mengalami kegagalan elektrik.

Tentera udara Chile turut mengesahkan kewujudan mesej audio itu yang dipercayai dihantar selepas pesawat tersebut berlepas.

Panglima Angkatan Tentera, Arturo Merino berkata beliau yakin tiada mangsa yang terselamat selepas serpihan pesawat ditemui kira-kira 18 batu dari lokasi terakhir pesawat membuat panggilan kecemasan.

Kapal Endeavor Antarctic turut menjumpai serpihan yang dipercayai dari tangki minyak sayap pesawat itu.

Beberapa cebisan mayat turut ditemui.

Kira-kira 15 pesawat dan lima bot dari Chile, Argentina, Uruguay, Brazil dan Amerika Syarika (AS) terbabit dalam misi dan menyelamat itu.

Pesawat itu membawa 17 anak kapal dan 21 penumpang.

Salah seorang penumpang merupakan pelajar dari Universiti Magallanes yang berlepas ke Antartik untuk melakukan kajiannya. - Mirror.co.uk

Artikel Lain