suria

Ribuan ikan berbentuk aneh terdampar di pantai selepas ribut salji

Ikan ini turut menjadi makanan kepada burung camar. FOTO: baynaturemagazine .

SELEPAS dilanda ribut salji, muncul pula ribuan ikan pelik di sebuah pantai di selatan California .

Menurut laporan, ikan bersaiz 10 inci itu berbentuk seperti kemaluan lelaki.

Malah, ia juga kelihatan seperti cacing gergasi.

Disebabkan rupa bentuknya, ia digelar penis fish atau ikan zakar oleh penduduk setempat.

Ia biasanya ditemui jauh di dalam pasir namun ribut salji serta gemombang ombak menyebabkan mereka terdedah di kawasan permukaan pantai.

Jangan pelik, ikan itu yang digelar gaebul turut dijadikan hidangan di Korea Selatan.

Kemunculan ikan itu turut menjadi rezeki apabila ia menjadi makanan buat haiwan seperti burung camar dan ikan. - The Guardian.

ikan zakar, pantai, burung camar

Artikel Lain