suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cemburu jadi punca, lelaki ikat kekasih pada katil sebelum bunuh perlahan-lahan

Sammy-Lee Lodwig meninggal dunia dibunuh teman lelakinya. FOTO: PA.

SEORANG lelaki berusia 49 tahun membunuh kekasihnya yang diikat pada katil akibat cemburu.

Jason Farell didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Sammy-Lee Lodwig yang berusia 22 tahun pada April lalu di kediamannya di Swansea, Wales, United Kingdom.

Menurut pengakuan sebelum ini, dia menghiris badan wanita itu secara perlahan-lahan.

Malah, dia dikatakan menikam wajah dan leher gadis itu berulang kali.

Sehari sebelum kejadian, Farell turut meluahkan rasa mahu membunuh mangsa kerana cemburu.

Kata Farell, dia mula mengenali mangsa yang kerap berkunjung ke rumahnya untuk melakukan aktiviti berkaitan dadah.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Swansea, Farell bagaimanapun mengaku tidak bersalah. - Daily Star.

Artikel Lain