suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi perempuan positif dadah, ibu bapa ditahan pihak berkuasa

Denisse and Pablo Solorzano kini berhadapan tuduhan penyalahgunaan dadah dan penganiayaan kanak-kanak.

POLIS menahan seorang lelaki dan wanita apabila anak perempuan mereka disahkan positif dadah.

Denisse and Pablo Solorzano kini berhadapan tuduhan penyalahgunaan dadah dan penganiayaan kanak-kanak.

Polis di Pheonix, Arizona dihubungi pada 7 Oktober lalu apabila saksi melihat pasangan itu sedang menggunakan dadah di dalam kereta.

Kata polis, kereta berkenaan dipenuhi asap dan mereka turut menemui seorang bayi perempuan berusia setahun.

Polis turut menemui dadah namun kata Pablo, ia merupakan ubat tahan sakit miliknya.

Polis cuba mengejutkan bayi itu namun gagal dan dia terus dibawa ke hospital.

Hasil pemeriksaan, pihak hospital mendapati terdapat kandungan fentanyl dalam tubuh bayi itu yang mana ia 50 kali lebih kuat berbanding dadah jenis heroin.- Daily Star.

Denisse, Pablo Solorzano, dadah, bayi

Artikel Lain