Wanita bunuh, kerat badan teman lelaki gara-gara kucing - Dunia | mStar

Wanita bunuh, kerat badan teman lelaki gara-gara kucing

Antara bahagian anggota badan mangsa yang ditemui.

MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh teman wanitanya gara-gara seekor kucing.

Anastasia Kh, 41, memukul teman lelakinya berusia 39 tahun itu menggunakan penukul sehingga mati selepas mangsa membunuh kucing kesayangannya.

Bukan sahaja pukul, suspek turut mengerat badan mangsa menggunakan gergaji rantai sebelum memasukkan mayatnya ke dalam lima beg plastik.

Suspek kemudian membuang dan membakar mayat mangsa di daerah Kirov, St Petersburg, Rusia.

Kesan darah ditemui di lantai rumah didiami suspek dan mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui seorang lelaki yang sedang berjalan bersama anjingnya sebelum bertindak memaklumkan perkara itu kepada polis.

Polis turut menemui tulang kaki, bahu dan bahagian pelvis dan kulit mangsa.

Menurut laporan polis, Anastasia dan teman lelakinya itu sering bergaduh dan situasi menjadi lebih tegang selepas suspek menyalahkan mangsa membunuh kucingnya.

Polis turut menjumpai kesan darah di kediaman dikongsi bersama antara mangsa dan suspek. - Dailystar

bunuh , teman lelaki , kucing , kerat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain