suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau bintang diserang buaya gara-gara mahu curi makanan

Kejadian ini dirakam di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

SEEKOR harimau bintang dan buaya dirakam dalam keadaan sedang bergelut di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Harimau bintang itu yang mencuri makanan buaya diserang oleh haiwan pemangsa itu di kawasan tebing sungai.

Dalam rakaman berkenaan, harimau bintang kelihatan berhati-hati mendekati kawasan air untuk mengambil bangkai haiwan yang terapung.

Ia bagaimanapun terkejut apabila diserang buaya yang tiba-tiba muncul.

Harimau bintang yang diserang itu akhirnya berputus asa sebelum berlalu meninggalkan kawasan berkenaan.

Video itu kemudiannya dimuat naik menerusi Youtube Kruger Sightings dan menerima ribuan tontonan dalam beberapa jam.

"Kenapa perlu bergaduh, carilah makanan sendiri," komen seorang netizen. - Daily Star.

Artikel Lain