suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi taman tema, wanita maut akibat permainan Sky Flyer rosak

Kejadian berlaku di Firminy, Loire, Perancis.

MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat menggambarkan nasib wanita ini apabila dia maut dalam satu kemalangan di taman tema pada Isnin malam.

Menerusi kejadian di Firminy, Loire, Perancis, mangsa yang berusia 24 tahun sedang menaiki permainan berputar Sky Flyer sebelum tempat duduknya rosak.

Akibatnya, dia terjatuh dari ketinggian 10 meter.

Mangsa kedua, berusia 20 tahun mengalami kecederaan di dikejarkan ke hospital berdekatan dan berada dalam keadaan kritikal.

"Saya dengar bunyi benda jatuh. Saya lihat mangsa. Saya berlari dan meminta pengendali untuk menghentikan permainan itu," ujar seorang saksi.

Tambah saksi lagi, terdapat angin kencang pada waktu kejadian.

Pakar turut dihantar ke taman tema itu untuk menyiasat punca sebenar kejadian. - Daily Star.

taman tema, permainan, SKy Flyer, maut

Artikel Lain