Gali tanah mahu kebumi anak baru meninggal, bayi lain yang masih bernyawa ditemui dalam kuburnya! - Dunia | mStar

Gali tanah mahu kebumi anak baru meninggal, bayi lain yang masih bernyawa ditemui dalam kuburnya!

Bayi perempuan masih hidup yang ditemui pasangan suami isteri ketika menggali kubur anak mereka segera dibawa ke hospital. -foto KD Singh/WashingtonPost

SEORANG bayi perempuan dipercayai baru berusia empat hari dapat diselamatkan selepas dia ditanam ketika masih hidup.

Bayi itu dikeluarkan dari tanah perkuburan di utara India ke tempat selamat oleh pasangan suami isteri yang mahu mengebumikan bayi mereka yang baru lahir dan meninggal di hospital.

"Apabila mereka mula menggali tanah, mereka dengar suara tangisan. Ketika mereka menggali pada kedalaman dua hingga tiga kaki, mereka menemui seorang bayi perempuan yang diletakkan dalam periuk tanah sebelum ditanam," kata Ketua Polis Daerah Bareilly Superintendan Abhinandanandan Singh kepada CNN.

Seorang pengawal keselamatan tanah perkuburan memaklumkan polis dan membawa bayi perempuan itu ke sebuah hospital berdekatan.

"Bayi itu mempunyai beberapa jangkitan dan beratnya hanya 1.5 kilogram," kata jurucakap perubatan, Alka Sgarna yang menyelia rawatannya.

Bayi berkenaan yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital, mempunyai pelbagai masalah pernafasan dan memerlukan ventilator, kata Sgarna.

Singh berkata kawasan di mana bayi itu dikebumikan cukup terpencil dan percaya dia dikebumikan kira-kira empat hingga enam jam sebelum diselamatkan.

Periuk tanah tempat meletak bayi perempuan yang ditemui masih bernyawa di dalam kubur. -foto KD Singh/Washington Post

Siasatan telah dilancarkan untuk mencari ibu bapanya, yang boleh didakwa dengan cubaan membunuh dan meninggalkan seorang kanak-kanak, tambah Singh.

Ketidaksamaan gender semakin berleluasa di India, yang mana keutamaan diberikan kepada anak lelaki.

Kelahiran berjuta-juta bayi perempuan adalah sesuatu yang tidak diingini dan akhirnya mereka sering berdepan diskriminasi dalam komuniti.

India menduduki ranking ke-130 dari 151 negara dalam Indeks Ketidakseimbangan Gender tahun lepas, dalam sebuah laporan tahunan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Negara ini mempunyai salah satu daripada nisbah seks paling tidak seimbang di dunia.

Menurut statistik dari bancian terakhir pada 2011, India hanya mempunyai 918 orang perempuan untuk setiap 1,000 lelaki berusia antara sifar dan enam tahun.

Purata di seluruh dunia adalah 952 perempuan untuk setiap 1,000 lelaki.

Menurut Invisible Girl Project, NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, puluhan ribu janin India perempuan digugurkan setiap tahun.

bayi , hidup , tanam , gali , diskriminasi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain