suria

Gadis dibakar bapa sendiri selepas bertengkar mengenai kereta

Jamey maut dalam kebakaran yang dilakukan oleh bapa sendiri.

SEORANG gadis berusia 22 tahun meninggal dunua akibat kebakaran yang dilakukan oleh bapa sendiri.

Jamey Newport meninggal dunia di rumah yang dikongsi bapanya, John Sean Newport malam Isnin lalu.

Sean dilaporkan menyimbah rumahnya itu dengan minyak tanah dan pihak penyelamat gagal membantu Jamey kerana api terlalu marak.

Jiran mendakwa ketika kejadian jeritan Jamey yang merupakan seorang pencinta haiwan dari Paynesville, Minnesota jelas kedengaran.

Sepupunya Auntumn Laskey memberitahu KARE11 bahawa Jamey dan bapanya bertengkar mengenai sebuah kereta yang perlu baiki.

Sean didakwa atas kesalahan membunuh anak perempuannya. - metro.co.uk

Bakar anak, bapa, bakar rumah

Artikel Lain