suria

Bayi kembar maut selepas bapa terlupa tinggal mereka di tempat duduk belakang kereta

Rodriguez bersama dua anak kembarnya. -Foto: Facebook

SEPASANG bayi kembar meninggal dunia selepas bapanya meninggalkan mereka di dalam kereta ketika bekerja.

Luna dan Phoenix yang berusia setahun ditinggalkan di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta oleh bapanya Juan Rodriguez di The Bronz, New York Jumaat lalu.

Selepas itu dia pergi bekerja dan kembali ke kereta pukul 4 petang mendapati mulut kedua-dua anaknya dipenuhi dengan buih putih.

Saksi mendakwa dia mula menjerit dan orang yang berada berdekatan terus menghubungi pihak polis.

Rodriguez ditahan dan didakwa dengan dua pertuduhan menyebabkan kecuaian dan kematian.

Bapa kepada lima orang anak itu memberitahu polis bahawa dia terlupa untuk menghantar pasangan kembarnya itu ke tempat penjagaan kanak-kanak.

Keadaan cuaca 30 darjah celsius ketika kejadian malah tempat duduk bayi kembar itu lebih panas berbanding cuaca di luar.-metro.co.uk

terlupa, maut, dalam kereta

Artikel Lain