Air kencing jadi hitam, muntah hijau sebelum meninggal dunia akibat makan cicak - Dunia | mStar

Air kencing jadi hitam, muntah hijau sebelum meninggal dunia akibat makan cicak

David Dowell meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

MAKAN cicak di sebuah parti sehingga meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Sukar dipercayai namun itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki di Asutralia pada Disember tahun lalu.

David Dowell dikejarkan ke hospital selepas mengalami jangkitan salmonella akibat perbuatannya memakan haiwan tersebut.

Dua hari selepas parti berkenaan, dia mula mengalami simptom-simpton aneh.

"Dia dah macam orang mengandung. Tapi air kencing jadi warna hitam, muntah hijau.

"Macam ada cecair dalam paru-paru dia," ujar kakaknya.

Ibu Dowell turut mempersoalkan tindakan doktor yang lambat melakukan pembedahan ke atas lelaki itu.

"Testis dia membengkak dan ada cecair keluar tapi mereka kata normal," ujar ibunya.

Malah, keluarga Dowell menyifatkan lelaki itu seolah-olah sedang 'mereput' dari dalam. - Daily Star.

makan cicak , muntah hijau , David Dowell

Artikel Berikut

Artikel Lain