suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan suami isteri hias pokok yang jadi punca kematian anak gadis

Hiasan yang dibuat oleh ibu bapa Meredita Kelmelyte.

KEMATIAN Meredita Kelmelyte ternyata memberi kesan buat keluarganya.

Baru sahaja berusia 17 tahun, dia meninggal pada 18 April 2018 dalam satu kemalangan jalan raya di kettering, Northamptonshire.

Kereta yang dinaiki mangsa merempuh pokok ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan lain.

Dia meninggal sejurus dibawa ke sebuah hospital.

Disebabkan itu, ibu bapa Meredita mahu 'meraikan' pemergian anak mereka dengan membuat dekorasi disekeliling sebatang pokok.

"Hidup tak akan sama lagi tanpa dia, kami rindu dia.

"Kematian dia memberi inspirasi bahawa kehidupan itu indah, tak boleh sia-siakan hidup.

"Hidup ini berharga, tapi kita tak tahu berapa lama kita ada. Jadi hargailah apa yang ada," ujar pasangan itu. - Mirror.

Artikel Lain