suria

Kereta dipenuhi sampah, pemandu alami kemalangan gara-gara tak jumpa brek tangan

Keadaan timbunan sampah dalam kereta milik lelaki itu.

BUKAN mahu ketawa, namun punca kemalangan melibatkan pemuda ini ternyata menjadi jenaka media sosial.

Tidak didedahkan identitinya, dia gagal mencari brek tangan kerana timbunan sampah di dalam kereta tersebut.

Kejadian itu didedahkan menerusi laman Twitter oleh polis Hampshire, England.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan kejadian kemalangan itu secara terperinci.

Menerusi foto yang dimuat naik, sampah bukan sahaja kelihatan di bahagian tempat duduk malah turut memenuhi ruangan kaki.

Dalam pada itu, pelayar Twitter turut berjenaka mengenai foto berkenaan. - Daily Star.

Artikel Lain