suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 3 bulan parah mata terkena bola golf

Taman Radley di mana berlakunya seorang bayi berusia tiga bulan cedera parah di bahagian mata terkena bola golf.

SEORANG bayi tiga bulan cedera parah selepas matanya terkena bola golf di sebuah taman.

Seorang lelaki ditahan selepas mangsa parah di taman permainan di Taman Radley di Sheldon, Birmingham di United Kingdom.

Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam Jumaat waktu tempatan, bayi lelaki itu cedera di bahagian mata.

Mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki melakukan serangan.

Suspek pada masa ini di hospital dan keadaannya tidak diketahui.

Polis West Midlands menjalankan siasatan berhubung insiden. - Daily Mail UK

bayi, golf

Artikel Lain