suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi diberi nama Google, bapa akui bercadang letak nama Micorosoft, iPhone sewaktu isteri hamil

Ella Karin bersama anak keduanya, Google.

PASANGAN suami isteri dari Indonesia, Ella Karin dan Andi Cahya Saputra memilih nama berasaskan teknologi untuk anak kedua mereka.

Setelah membuat perbincangan, mereka sepakat menamakan bayi lelaki itu sebagai Google.

"Dari agama, kami berfikir mengenai nama para nabi, lepastu nama biasa, kami juga bercadang nak letak nama Albar Dirgantara Putra.

"Tapi bila dia lahir, rasa nama tu tak sesuai. Jadi saya pilih nama dari kategori teknologi," ujar Andi.

Kata bapa berusia 31 tahun itu, dia mula terfikir mengenai nama berasaskan teknologi sewaktu usia kandungan isterinya mencecah tujuh bulan.

Dia juga pernah terfikir untuk menamakan anaknya sebagai Windows, iPhone, Microsoft dan iOS.

Ujar Andi, dia berharap Google dapat membantu orang ramai dan menjadi insan yang berguna.

"Saya kata pada ayah saya, Google membawa maksud yang baik," kata Andi lagi. - Daily Star.

Google, nama anak, Andi Cahya Saputra

Artikel Lain