suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 2 tahun maut tertembak diri sendiri menggunakan pistol nenek

Pistol milik nenek mangsa.

SEORANG budak berusia dua tahun tertembak dirinya sendiri hingga meninggal dunia.

Menerusi kejadian di selatan Carolina, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis yang melibatkan Kayden John Stumber, dia tertembak kepalanya sendiri menggunakan pistol milik neneknya.

Menurut laporan New York Post, dia meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Pihak berkuasa turut mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kemalangan yang tidak disengajakan.

Bedah siasat sudah dijalankan pada Jumaat dan siasatan masih lagi berlangsung. - Daily Star.

Artikel Lain