suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bagaikan sumpahan! Wanita trauma miliki payu dara besar, "Saya seperti membawa beg plastik berat sepanjang masa"

Dani Markerson.

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun.

Dani Markerson bukan sahaja menjadi mangsa gangguan seksual malah diserang sakit di bahagian belakang, leher dan juga lutut.

Keadaan itu memaksanya untuk berhenti kerja sebagai instruktur permainan atau soft play.

Susulan itu, Dani terdesak untuk melakukan pembedahan bagi mengecilkan payu daranya itu.

Dani tidak selesa dengan saiz payu daranya.

"Mengecilkan payu dara ini adalah satu-satunya peluang untuk saya hidup normal tanpa rasa sakit. Saya juga boleh mengembalikan keyakinan diri saya dan kembali bekerja semula.

"Ketika saya memakai baju uniform sekolah pada usia 14 tahun, lelaki tua akan berhenti dan membunyikan hon, menjerit ke arah saya. Mereka amat menjijikkan.

"Ia bagaikan sumpahan apabila memiliki payu dara besar seperti ini. Saya seperti membawa beg plastik berat sepanjang masa. Ia amat menyakitkan," katanya.

Dani terpaksa memakai coli khas dan mengalami kemurungan disebabkan keadaan payu daranya termasuk masalah kesihatan yang menyerangnya. - Mirror.co.uk

payu dara, luar biasa, kemurungan

Artikel Lain