Ibu ambil anak dari taska dalam keadaan sudah tidak bernyawa - Dunia | mStar

Ibu ambil anak dari taska dalam keadaan sudah tidak bernyawa

Di'Yanni (bayi) sudah meninggal dunia semasa diserahkan kepada ibunya (kanan).

SEORANG bayi diserahkan kepada ibunya oleh penjaga di sebuah pusat taman asuhan kanak-kanak (Taska) dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Taylor Bush terkejut apabila menyedari anaknya, Di'Yanni Griffin dalam keadaan longlai sebaik sahaja tiba untuk menjemputnya dari sebuah taska yang terletak di Cleveland, Ohio pada Selasa lalu.

"Saya berjalan keluar dan menutup pintu di belakang saya dan saya kata "Hey anak mama".

"Saya menyedari dia sudah longlai... tidak bernyawa," kata Bush.

Bush kemudian kembali ke taska tersebut dan mula melakukan CPR terhadap anak perempuan itu sambil menghubungi talian kecemasan 911.

Di'Yanni Griffin.

Bayi perempuan itu dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Bush berkata anak perempuannya sudah meninggal dunia ketika diserahkan kepadanya dan menuntut penjelasan daripada pihak taska mengenai apa yang berlaku.

Polis Cleveland telah menjalankan siasatan dan sedang menunggu keputusan bedah siasat.

Pemilik taska itu, Danielle Townsend berkata Di'Yanni masih hidup secara berada di bawah jagaan adiknya.

"Adik saya hubungi saya dan minta saya hubungi ibu Di'Yanni dengan segera.

"Saya kata ibunya sudah menghantar mesej kepada saya, ada apa-apa masalah? Adik saya kata 'bayi itu bernafas laju'," katanya. - Metro.co.uk

meninggal dunia , taska

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.