suria

Gadis cedera parah di kepala terkena tayar dilempar model keluar tingkap

Model webcam itu dirakam melempar dua tayar keluar tingkap semasa sedang live.
SEORANG model webcam didakwa menyebabkan kecederaan serius di kepala seorang gadis selepas membuang dua tayar ke luar tingkap semasa sedang live chat.

Model itu yang dikenali sebagai Viktoria berusia awal 20-an disiasat polis di Moscow susulan insiden itu.

Mangsa yang dipercayai berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius di kepala.

Rakaman video menunjukkan Viktoria melempar tayar-tayar itu ke luar tingkap sebuah flat didiaminya sambil membuat live di Internet.

Menurut laporan, seorang penonton bertanya mengapa dia menyimpan tayar tersebut di rumahnya.

Viktoria.

Viktoria menjawab tayar tersebut milik suaminya dan dia mahu membuangnya.

Video itu yang dirakam wanita lain di flat tersebut menunjukkan Viktoria senyum kepada kamera sebelum dia berpaling ke belakang dan melemparkan dua tayar berkenaan.

"Saya berjanji untuk membuang dua tayar itu. Angkat kamera. Itu lebih baik, mari kita pergi," katanya dalam video tersebut. - Mirror.co.uk

model webcam, live chat, lempar tayar

Artikel Lain