suria

Sibuk dengan rutin kerja, lelaki ini bina tempat 'melancong' sendiri

Lodge mengambil masa dua tahun untuk membina taman buat isterinya.

SEORANG lelaki sanggup berbelanja 35,000 paun (RM183,990) mengubah lamannya menjadi 'tempat percutian' buat isterinya yang tidak keluar bercuti selama enam tahun.

Chris Lodge,44, yang bekerja sebagai kontraktor dan isterinya merupakan ahli perniagaan Sharon Lodge,45, tidak mempunyai masa untuk keluar melancong kerana sibuk dengan kerja serta menjaga seekor anjing yang kurang upaya, Dice berusia 9 tahun.

Sebahagian daripada laman yang diubahsuai.

Pada Jun 2017, Lodge mengambil keputusan untuk menukar kawasan lamannya menjadi seperti tempat peranginan yang diberi nama 'Freaky Tiki'.

Setiap petang selama 24 bulan, dia menghabiskan masa dengan projeknya itu walaupun tiada pengalaman berkebun.

Lodge gembira apabila projeknya berjaya.

"Kami suka melancong tetapi kami mempunyai perniagaan besar dan banyak kerja.

"Kami tidak ada masa melancong selama enam tahun. Anjing peliharaan juga tidak sihat dan kami tidak mahu meninggalkannya.

"Jadi saya membuat keputusan untuk membawa perasaan melancong dan kami boleh menikmatinya."Saya hanya gembira melihat orang lain tersenyum," ujar Lodge. -mirror.co.uk

Bina taman, tak bercuti

Artikel Lain